Pengambilan Pelajar Baharu
Adalah dimaklumkan bahawa pilihan raya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugur akan diadakan pada 4 Februari 2026.
Sehubungan dengan itu, pelajar-pelajar yang berhasrat untuk menjadi calon-calon kerusi umum dan program adalah dialu-alukan bagi menawarkan diri sebagai calon.
Borang penamaan calon boleh didapati melalui Pn. Norshahlia Binti Haron (SPT), Encik Abu Hashim Bin Saad (SPU), di HEP atau KLIK SINI.
Tarikh penamaan calon: 15-20 Januari 2026
Tarikh tutup penamaan calon: 23 Januari 2026
Tarikh buang undi: 4 Februari 2026
Lokasi mengundi: Perpustakaan, KKTG
Masa: 9.00 pagi - 11.00 pagi
SEMAKAN TAWARAN LALUAN ASIMILASI SESI II 2025/2026
Sijil Kolej Komuniti ke Diploma Politeknik / Kolej Komuniti
Tahniah kepada calon yang berjaya!
Maklumat Penting:
Tarikh Semakan Tawaran: 8 Januari 2026 (Mulai jam 5.00 petang)
Tempoh Setuju Terima Tawaran: 8 – 18 Januari 2026
Tarikh Melapor Diri: 19 Januari 2026
🌐 Semak tawaran di: https://ambilan.mypolycc.edu.my
⚠️ Calon dinasihatkan membuat semakan dan pengesahan dalam tempoh yang ditetapkan bagi mengelakkan tawaran terbatal.
Peluang Penglibatan Pelajar POLYCC ke Program Antarabangsa di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
Permohonan Youth Exchange Asean Trans Backpackers (TABS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan KINI DIBUKA!
Permohonan adalah untuk calon pelajar berumur 18-30 tahun. Semua kos ditanggung oleh Kementerian Belia dan Sukan dan calon wajib melalui proses pemilihan.
Pelajar yang berminat, sila berhubung dengan Pegawai Pembangunan Pelajar KKTG, Puan Nurhidayah Jamaluddin.
Klik sini untuk tatacara pembukaan akaun Exchange KBS.
Tarikh permohonan: 5-23 Januari 2026
Layari http://exchange.kbs.gov.my untuk maklumat lanjut.
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Bantuan Kewangan Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti (BKPPKK) bagi Tawaran Sesi II: 2025/2026 dibuka mulai 4 Januari 2026 hingga 2 Februari 2026. Rujuk Pegawai Pembangunan Pelajar KKTG untuk maklumat lanjut. Klik sini untuk panduan penyediaan dokumen.
Semakan boleh dibuat bermula 02 Januari 2026, bermula 12.01 pagi. Semak di Peperiksaan
Tarikh bayar yuran online: 01 hingga 07 Januari 2026 (melalui iPayment)
Tarikh daftar fizikal: 8 Januari 2026 (Khamis)
Masa pendaftaran fizikal: 8.30pagi
Taklimat disiplin: 9.30pagi
Tempat: Kampus Kolej Komuniti Tasek Gelugor
Pautan Kaedah & Status Pendaftaran: KLIK SINI
Semua pelajar senior (KECUALI pelajar yang akan menjalani Latihan Industri) diminta untuk membuat urusan pembayaran yuran pengajian (RM200) melalui kaedah iPayment SEBELUM hari pendaftaran senior. Pelajar yang GAGAL membuat pembayaran semasa hari pendaftaran pelajar senior TIDAK AKAN DIAKTIFKAN di dalam sistem CCMS.
Kaedah pembayaran dan maklumat berkaitan pembayaran yuran pengajian dan proses pendaftaran pelajar senior boleh disemak di pautan yang akan diberikan nanti.
Rujuk Kalendar Akademik Sesi II 20252025 (Pindaan November 2025)
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hadir di kaunter Unit Ambilan, Isnin - Jumaat (8.30pagi - 6.00petang) (Kampus Kampung Selamat) atau hubungi WhatsApp rasmi KKTG: WhatsApp KKTG
Kaunter Unit Ambilan ditutup pada SABTU, AHAD, CUTI UMUM dan apabila pegawai-pegawai bertugas di luar kawasan.
Semua pelajar diminta untuk mengemaskini dokumen tidak lengkap. Tindakan perlu diambil sebelum atau pada 08 Januari 2026. Dokumen perlu diserahkan di Kaunter Unit Ambilan kepada Cik Nur Syahirah (Pembantu Rekod) atau Cik Nur Diyana (Pegawai Pengambilan).
Semak senarai nama mengikut semester dan kelas. Sekiranya nama anda tiada dalam senarai, bermakna dokumen anda telah lengkap sepenuhnya. Semakan boleh dibuat di pautan berikut:
SENARAI NAMA PELAJAR DOKUMEN TIDAK LENGKAP (KLIK)
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hadir di kaunter Unit Ambilan, Isnin - Jumaat (8.30pagi - 6.00petang) (Kampus Kampung Selamat).
Kaunter ditutup pada SABTU, AHAD, CUTI UMUM dan apabila pegawai-pegawai bertugas di luar kawasan.
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Sukan KKTG, Ts. Muhammad Sujairi Yusoff
Muat Turun Borang: Klik di sini
Anjuran: Unit Sukan KKTG
Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Pegawai Sukan KKTG, Ts. Muhammad Sujairi Yusoff
Muat Turun Borang: Klik di sini
Anjuran: Unit Sukan KKTG
Bayaran pembaharuan insurans sebanyak RM35 bagi tempoh sah selama setahun perlu dibuat oleh pelajar yang telah tamat tempoh insurans. Bayaran boleh dibuat secara tunai ke Pegawai Pembangunan Pelajar pada 31 Julai 2025, jam 8.30pagi di Unit Pembangunan Pelajar.
Maklumat Lanjut: Rujuk Insuran
Semua pelajar senior diminta merujuk kepada surat panggilan pelajar senior yang telah diedarkan kepada Penasihat Akademik masing-masing.
Tarikh daftar online: Sebelum atau pada 30 Julai 2025 (Rabu).
Tarikh daftar fizikal: 31 Julai 2025 (Khamis)
Masa pendaftaran fizikal: 8.30pagi
Taklimat disiplin: 9.30pagi
Tempat: Kampus Kolej Komuniti Tasek Gelugor
Kaedah daftar online dan status bayaran: Rujuk Pendaftaran Pelajar Senior
Semakan boleh dibuat bermula 19 Jun 2025, bermula 12.01 pagi. Semak di Peperiksaan