INFO KONVOKESYEN
APA YANG PERLU GRADUAN SELESAIKAN :
SEMAK NAMA GRADUAN TERLEBIH DAHULU DI PAUTAN SENARAI GRADUAN
GRADUAN WAJIB MENGISI SEBELUM MENDAFTAR :
A. TRACER STUDY
B. BORANG ALUMNI
SEMAK SAIZ JUBAH DI PAUTAN CARTA SAIZ JUBAH . PASTIKAN UKURAN SAIZ YANG BETUL.
BUAT BAYARAN ALUMNI RM50. IKUT MAKLUMAT DI PAUTAN YURAN ALUMNI DAN DOWNLOAD RESIT BAYARAN.
BUAT BAYARAN MELALUI IPAYMENT BAGI YURAN KONVOKESYEN. PASTIKAN ANDA MASUKKAN MAKLUMAT ANDA DAN PASTIKAN MEMILIH INSTITUSI KOLEJ KOMUNITI TAIPING. DOWNLOAD RESIT BAYARAN. (HADIR RM 250 / TIDAK HADIR RM 200)
MEMBUAT PENDAFTARAN KONVOKESYEN DI PAUTAN PENDAFTARAN GRADUAN. SILA MASUKKAN MAKLUMAT YANG TEPAT.
Borang Persatuan Alumni KKNP 2025, borang yang telah diisi perlu di print dan scan untuk dihantarkan pada pautan drive yang berikut:
https://forms.gle/v8GH3YxePByQDBdz7
RUJUKAN LINK LOKASI
Ya, boleh. Wakil hendaklah membawa surat wakil yang lengkap, salinan kad pengenalan graduan, salinan kad pengenalan wakil, serta dokumen lain yang ditetapkan oleh urus setia.
Jubah hendaklah dipulangkan mengikut tarikh, masa dan lokasi yang telah ditetapkan oleh urus setia. Kegagalan memulangkan jubah dalam tempoh yang ditetapkan boleh dikenakan caj atau denda lewat, tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa.
Graduan bertanggungjawab menjaga jubah yang dipinjam. Sekiranya jubah didapati rosak, hilang atau tidak dipulangkan, graduan akan dikenakan bayaran gantian atau kos pembaikan mengikut kadar yang telah ditetapkan.
Graduan tidak dibenarkan memasuki dewan majlis tanpa kad jemputan atau dokumen pengesahan yang sah. Sila pastikan kad jemputan dibawa pada hari konvokesyen. Sekiranya kad jemputan hilang, sila hubungi urus setia dengan segera untuk tindakan lanjut.
Setiap graduan dibenarkan membawa tetamu mengikut bilangan kad jemputan yang diberikan. Hanya tetamu yang mempunyai kad jemputan yang sah dibenarkan
memasuki dewan majlis.
Graduan yang tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan kepada urus setia secepat mungkin. Pengambilan sijil atau dokumen berkaitan selepas majlis adalah tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak kolej. Yuran Konvokesyen dan Yuran Alumni adalah diwajibkan. (mengikut jumlah yang telah diselaraskan bagi graduan yang tidak hadir)
Sijil atau diploma akan diserahkan seusai pemulangan jubah pada tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak kolej.Graduan yang tidak hadir ke majlis boleh membuat tuntutan sijil di kolej masing-masing mengikut tarikh dan prosedur yang akan dimaklumkan oleh pihak kolej.
DEWAN TUNKU CANSELOR UPSI
PANGGUNG PERCUBAAN, UPSI
KOMPLEK AKADEMIK, UPSI
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH DIKEMUKAKAN KEPADA UNIT PEPERIKSAAN KOLEJ KOMUNITI TAIPING.
PEGAWAI PEPERIKSAAN
KOLEJ KOMUNITI TAIPING
NO 25, LALUAN KAMUNTING 3,
34600, KAMUNTING,
PERAK.
U.P : PN. IRMAYANTI BINTI IBRAHIM - 013-515 6906
ATAU PN. AMANINA SHARIDZAN BINTI AZIZAN - 010-909 0229