SINOPSIS
Sijil Teknologi Pemprosesan Makanan dibentuk untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh industri dalam menjadi pekerja separa mahir. Program ini meliputi kemahiran dalam bidang sains dan teknologi makanan, kawalan mutu makanan, konsep halal thoyyiba, pembungkusan makanan serta keusahawanan. Program yang ditawarkan ini, sejajar dengan peraturan dan undang undang yang sedang berkuatkuasa.
SYARAT KEMASUKAN
SYARAT AM
Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad.
Pemohon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira.
SYARAT KHAS
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred E dalam mata pelajaran Sejarah.
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C dalam mana-mana SATU (1) mata pelajaran
PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk menjadi tenaga kerja separuh mahir yang kompeten dalam teknologi pemprosesan makanan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam industri makanan. Antara pekerjaan yang berpotensi adalah:
a. Pembantu Kawalan Kualiti Makanan
b. Penolong Pengurus Pengeluaran Makanan
c. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana
d. Penolong Pengurus Restoran
e. Penolong Pegawai Penyelidik
f. Pembantu Makmal