PROGRAM  SIJIL KULINARI

PENGENALAN

Sijil Kulinari memberikan pelajar pengetahuan dan kemahiran asas di dalam bidang kulinari yang merupakan salah satu cabang penting dalam industri hospitaliti kerana bidang ini menyumbang kepada pengoperasian perkhidmatan makanan. Penyediaan makanan kepada pelanggan memerlukan kemahiran spesifik bagi memastikan hidangan yang disajikan adalah hidangan yang berkualiti. Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan kemahiran masakan secara praktikal yang meliputi kedua-dua aspek teori dan kemahiran amali. Pelajar terdedah kepada kemahiran pelbagai disiplin serta teknologi yang digunakan seperti teknik masakan, seni hidangan, keselamatan makanan, dan projek masakan. Sijil Kulinari adalah program sepenuh masa dua tahun yang terdiri daripada tiga semester perkuliahan dengan satu semester penuh latihan industri. Pelajar bersedia untuk memainkan peranan mereka dengan membina asas kukuh dalam pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pelbagai bidang dalam industri Kulinari. 

SINOPSIS 

Program ini direkabentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperoleh pengalaman untuk menyediakan dan menghasilkan produk masakan yang asas dan juga terkini di dalam industri. Pelajar berkemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti Thoery of Food, Food Safety and Sanitation, Basic Cookery, Malaysian Cuisine, Basic Butcher, Cold Food Preparation, Bakery and Pastry dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Kulinari. 

PROSPEK KERJAYA 

Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kulinari yang dapat diterapkan untuk pelbagai kerjaya dalam industri perkhidmatan makanan. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program ini memberikan peluang kepada graduan untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai: 

a. Chef de Partie 

b. Demi Chef 

c. Commis 

d. Pembantu Penyelia Perkhidmatan Makanan 

e. Pembantu Penyelia Restoran 

f. Pengusaha Makanan 

MATLAMAT PROGRAM (MP)

Program Sijil Kulinari percaya setiap individu berpotensi untuk menjadi Culinary Practitioner yang berpengetahuan asas dan berkemahiran bagi menyokong aspirasi negara menjadi destinasi pelancongan dan kebudayaan bertaraf dunia 

OBJEKTIF PROGRAM (OP) 

Sijil Kulinari dapat menghasilkan Culinary Practitioner yang: 

OP1 : menunjukkan pengetahuan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran numerasi dalam bidang kulinari 

OP2 : mempamerkan kemahiran teknikal dan kemahiran teknologi digital dalam bidang kulinari 

OP3 : mengamalkan kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi di dalam kumpulan yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan 

           budaya dalam menyampaikan perkhidmatan 

OP4 : mengamalkan ciri kepimpinan, pembangunan kendiri, minda keusahawanan dan mematuhi etika kerja dan profesionalisme dalam  

           menyampaikan perkhidmatan 

HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (HPP) 

Selepas menamatkan program ini, pelajar dapat: 

HPP1: menjelaskan pengetahuan asas, teori, prinsip dan konsep dalam bidang kulinari 

HPP2: mengaplikasi kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran numerasi berkaitan tugas dalam bidang kulinari 

HPP3: mempamerkan kemahiran teknikal berdasarkan skop kerja yang diperlukan dalam bidang kulinari 

HPP4: mengamalkan kemahiran interpersonal dan kemahiran komunikasi secara berkesan terhadap individu atau secara berkumpulan dalam  

            menyampaikan perkhidmatan 

HPP5: mempamerkan keupayaan menggunakan teknologi digital dalam menyampaikan perkhidmatan 

HPP6: menunjukkan keupayaan menjalankan tugas dengan ciri kepimpinan, autonomi dan tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan 

HPP7: mengamalkan pembelajaran kendiri dan minda keusahawanan dalam menyampaikan perkhidmatan 

HPP8: menunjukkan kebolehan untuk patuh kepada etika kerja dan profesionalisme dalam menyampaikan perkhidmatan