Hari Bumi Sedunia 2025 | 22 April 2025
"Bumi Kita, Amanah Kita"
Hari Bumi Sedunia 2025 | 22 April 2025
"Bumi Kita, Amanah Kita"
22 April 2025
Warga Kolej Komuniti Segamat yang dihormati,
Hari ini kita menyambut Hari Bumi Sedunia sebagai satu cakna meraikan bumi ini di seluruh dunia tentang tanggungjawab kita dalam memelihara satu-satunya planet yang menjadi rumah kita semua.
Namun persoalannya, sejauh mana kita benar-benar menjaga bumi ini?
Cuba kita bayangkan dunia ini tanpa hijau…
Jika kita terus membuang sampah merata, membakar terbuka, atau membiarkan sisa makanan dan minyak mengalir ke longkang, sebenarnya kita sedang menjemput bencana tanpa kita sedari iaitu:
· Pemanasan global semakin meningkat.
· Cuaca semakin ekstrem.
· Kualiti udara semakin tercemar.
· Bekalan air bersih semakin berkurang.
· Spesis flora dan fauna semakin pupus.
Jadi!
Masih belum terlambat untuk berubah.
Setiap tindakan kita walau pun kecil tetap memberi impak yang besar seperti:
· Bawa botol minuman dan bekas makanan sendiri.
· Elakkan penggunaan plastik sekali guna.
· Guna semula minyak masak dan buang di tempat yang betul.
· Tanam pokok atau jaga tumbuhan sedia ada.
· Jimatkan elektrik dan air.
Di Kolej Komuniti Segamat, kita sudah mula melangkah dengan inisiatif SmartGreen. Kini tiba masanya untuk setiap individu memainkan peranan. Jadikan bumi ini aman, bersih dan lestari untuk generasi akan datang.
Bumi tidak perlukan kita, tetapi kita perlukan bumi.
Mari sama-sama jaga, rawat dan hargai bumi setiap hari. Justeru, sayangilah bumi kita, anugerah Allah tidak terhingga.
"With Our Power, Our Planet", we can save our planet together.
Salam sayang dan cintakan kehijauan,
Rusnani
Rusnani Yahya
Penyelaras SmartGreen KKS.
#HariBumi2024
#SmartGreenKKSegamat
#SayangiBumi
#HijaukanKampusKita
#SatuTindakanSejutaPerubahan