X-FACTOR: Big Idea Commercial Showcase POLYCC National 2025 (X-BIC’25) merupakan platform pertandingan mapan yang menghimpunkan pelajar dan pensyarah daripada pelbagai bidang pengajian di Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih di seluruh negara. Pertandingan ini menekankan penyampaian idea melalui sesi mini pitching yang memberi penekanan kepada potensi komersial, elemen inovasi, serta kebolehpasaran produk atau perkhidmatan yang dibangunkan. Keunikan X-BIC’25 terletak pada keterbukaannya kepada semua bidang pengajian tanpa had terhadap jenis reka bentuk, produk atau konsep yang dibangunkan. Pendekatan ini menggalakkan kepelbagaian idea, memperkasa kreativiti dan mendorong penghasilan produk serta konsep yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
Menilai Pencapaian Akademik, Kepakaran dan Kompetensi Peserta
Kategori Pelajar - Memberi peluang mempersembahkan projek akhir sebagai sebahagian daripada penilaian berterusan yang mencerminkan pencapaian akademik, penguasaan kemahiran teknikal, kreativiti, serta potensi inovasi.
Kategori Pensyarah - Membuka ruang eksplorasi kreatif secara menyeluruh yang merangkumi kekuatan pasaran, strategi penyampaian dan tahap inovasi projek, sekali gus menilai kepakaran, kebolehan profesional, serta sumbangan terhadap perkembangan bidang masing-masing.
Memperkasa Potensi Kerjaya dan Profesionalisme Peserta
Meningkatkan keyakinan diri dan kebolehpasaran melalui pendedahan kepada penilaian profesional, pembentangan awam dan maklum balas daripada panel industri yang berpengalaman.
Menggalakkan Aplikasi Ilmu dalam Konteks Dunia Sebenar
Menyediakan peluang untuk mengaplikasikan teori dan kemahiran dalam projek berasaskan situasi sebenar, seterusnya mempersiapkan peserta menghadapi keperluan pekerjaan dan keusahawanan.