Pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti serta Politeknik dari negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Pahang.
Pelajar
Menyediakan platform untuk mempamerkan kemahiran teknikal, kreativiti dan inovasi melalui pembentangan projek akhir, di samping memperkukuh kemahiran insaniah seperti komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan dan pengurusan masa.
Pensyarah
Meningkatkan keberkesanan pedagogi melalui penilaian hasil projek, mengukuhkan peranan sebagai mentor, serta memupuk perkongsian ilmu dan amalan terbaik dalam kalangan tenaga pengajar. Kategori Pensyarah pula membuka ruang eksplorasi kreatif secara menyeluruh yang merangkumi kekuatan pasaran, strategi penyampaian dan tahap inovasi projek, di samping menilai kepakaran, kebolehan profesional, serta sumbangan signifikan terhadap perkembangan bidang masing-masing.
Industri
Menjadi platform strategik untuk menilai potensi dan kebolehan graduan TVET, menyokong pencarian bakat, serta memastikan penyelarasan berterusan antara kurikulum pendidikan dan kehendak pasaran kerja.