SYARAT & PANDUAN PERTANDINGAN INOVASI TVET KEBANGSAAN X-BIC 2025
Terbuka kepada semua pensyarah TVET dari Politeknik dan Kolej Komuniti seluruh Malaysia.
Setiap penyertaan TIDAK boleh melebihi TIGA (3) orang peserta.
Setiap penyertaan perlu menghantar maklumat penyertaan dengan mengisi maklumat yang diperlukan semasa proses pendaftaran online dan menghantar laporan dan poster mengikut format yang disediakan beserta turnitin.
Peserta yang berjaya disaring akan dimaklumkan di Telegram bermula 26 September 2025. Surat kelayakan akan diedarkan kepada peserta yang berjaya.Â
Penyertaan adalah PERCUMA.
Setiap penyertaan akan diberikan SATU (1) Sijil Penyertaan (satu peserta satu sijil penyertaan) dan SATU (1) Sijil Pingat (Berkumpulan) serta Plak (Jika berkenaan)
Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan dan turutan semasa pendaftaran Online
Bayaran akan dikenakan sekiranya memerlukan sijil dan plak tambahan.
Peserta yang telah mendaftar TIDAK DIBENARKAN MEMBUAT SEBARANG PERUBAHAN nama ahli kumpulan, tajuk dan kategori pertandingan.
Keputusan JURI pertandingan adalah MUKTAMAD.