Kolej Komuniti Pasir Salak
Memastikan kecemerlangan melalui sistem jaminan kualiti yang berkesanÂ
Pengenalan
Unit ini adalah untuk menyelaras dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti ke arah memantapka peranan warga KKPS yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi. Tugas utama unit adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan benerusan kearah merealisasikan visi, misi dan dasar kualiti KKPS.
Fungsi dan Peranan:
Merancang dan memantau Program Pengurusan Kualiti
Merancang, melaksana, dan memantau keberkesanan program pengurusan kualiti untuk membudayakan kerja cemerlang serta memastikan penambahbaikan berterusan demi merealisasikan visi dan misi JPPKK.
Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
Menyelaras dan melaksanakan SPK selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti, serta peraturan semasa.
Peningkatan dan Penambahbaikan Berterusan
Memantau pelaksanaan SPK, mengenal pasti ruang penambahbaikan, serta memberi cadangan di peringkat Jawatankuasa, Program, dan Unit.
Latihan dan Peningkatan Kefahaman SPK
Merancang dan melaksanakan kursus, bengkel, dan taklimat SPK untuk meningkatkan kefahaman serta memupuk amalan kerja cemerlang di kalangan warga Kolej Komuniti Pasir Salak