TATACARA PEMAKAIAN PELAJAR

Semasa Program Suaikenal

Semua pelajar baharu DIWAJIBKAN mengikuti Program Suai kenal sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti mengikut Garis Panduan Pengurusan Minggu Suai Kenal Pasca Covid-19.

Kaedah berlangsungnya program ini adalah secara bersemuka. Sila rujuk Kolej Komuniti masing-masing bagi maklumat lanjut mengenai perkara ini.


Semasa Kuliah / Bengkel/ Makmal

Semua pelajar perlu mematuhi arahan dan panduan pemakaian yang tertakluk kepada Buku Panduan & Peraturan Kolej Komuniti serta Akta 174 (Akta Institusi). Rujuk Contoh Rupa Diri dan Pakaian Pelajar