Nama Penuh: Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
Nama Popular: P.Ramlee
Tarikh Lahir: 22 Mac 1929
Tempat Lahir: Pulau Pinang, Malaysia
Tarikh Meninggal Dunia: 29 Mei 1973
Pekerjaan: Pelakon, Pengarah, Penyanyi, Penerbit, Penulis Lagu
P. Ramlee dilahirkan dalam sebuah keluarga berdarah Acheh di Pulau Pinang. Sejak Kecil, beliau telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang muzik dan seni. Bakatnya mula terserlah ketika bersekolah di sekolah Melayu Kampung Jawa dan Kemudian di Penang Free School. Minat beliau dalam muzik semakin berkembang apabila beliau menyertai kumpula muzik "Teruna Kampung".
Kerjaya seni P.Ramlee bermula apabila beliau menyertai Malay Film Production di Singapura sekitar tahun 1948. Filem pertamanya, Chinta (1948), menandakan permulaan kariernya sebagai seorang pelakon, Namun bakatnya tidak terhad kepada lakonan sahaja. Beliau juga berbakat dalam pengarahan dan mula mengarah filem pada awal tahun 1950-an. Antara file arahannya yang terkenal termasuk:
Bujang Lapok (1957)
Pendekar Bujang Lapok (1959)
Ali Baba Bujang Lapok (1961)
Ibu Mertuaku (1962)
Madu Tiga (1964)
Do Re Mi (1966)