DASAR DAN POLISI UKKP KKMT
DASAR DAN POLISI UKKP KKMT
Kolej Komuniti Masjid Tanah komited untuk menyediakan persekitaran kerja dan pembelajaran yang selamat, sihat dan kondusif kepada semua warga kolej. Setiap aktiviti
yang dijalankan hendaklah mematuhi keperluan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta amalan terbaik yang ditetapkan.
Polisi UKKP KKMT merangkumi komitmen berikut:
Mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994)
Mengenal pasti, menilai dan mengawal risiko di tempat kerja
Mengurangkan kemalangan, kecederaan dan penyakit pekerjaan
Menyediakan latihan dan kesedaran keselamatan secara berterusan
Menggalakkan penglibatan semua warga dalam amalan keselamatan
Semua warga kolej bertanggungjawab untuk:
Mematuhi SOP dan arahan keselamatan
Menggunakan peralatan perlindungan diri (PPE) dengan betul
Melaporkan hazard atau insiden dengan segera
Bertindak secara berhemah dalam situasi kecemasan