Kempen Poster
Calon-calon akan dibekalkan dengan format poster.
Poster akan di cetak oleh AJK Hebahan dan Penyediaan Poster.
Kempen Media Sosial
Penggunaan media sosial oleh calon bagi urusan kempen PRK adalah sama prinsipnya seperti yang terpakai bagi media-media yang lain. Media sosial merupakan forum awam di mana prinsip yang sama diambil kira sebagaimana pengucapan awam atau pun penulisan secara rasmi atau tidak rasmi. (Tiktok, Instagram, Facebook, google site dan sebagainya).
Calon-calon yang menggunakan media sosial sebagai platform untuk berkempen perlulah mematuhi Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan lain-lain peraturan semasa yang telah ditetapkan oleh institusi dalam menyampaikan sebarang informasi.
Calon hanya dibenarkan untuk memasang poster di dalam kawasan kampus institusi sahaja.
Tempoh berkempen bermula dari pengumuman calon yang layak bertanding sehingga sebelum hari mengundi.
Calon-calon diberi peluang berkempen selewat-lewatnya jam 11.00 malam (SELASA 3 FEBRUARI 2026)
Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman peribadi terhadap individu perseorangan dan tidak menyentuh sensitiviti yang boleh mengancam keselamatan negara.
Bahan kempen dan risalah hendaklah mendapat kebenaran dari SPRK.
Poster hanya dibenarkan digantung sahaja dan tidak boleh ditampal di mana-mana kawasan kampus kecuali dengan kebenaran Ketua Eksekutif.
Calon-calon wajib menurunkan semua poster dan membersihkan kawasan kempen dalam tempoh 24 JAM selepas keputusan diumumkan. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan tindakan dendaan terus di bawah Kaedah 26 A.