Unit Kewangan Kolej Komuniti Kota Tinggi (KKKT) merupakan salah satu unit sokongan utama yang penting dalam memastikan pengurusan pentadbiran dan operasi Kolej berjalan lancar. Unit ini memainkan peranan utama dalam menguruskan semua aspek kewangan Kolej, termasuk peruntukan, perbelanjaan, hasil dan akaun amanah. Pengurusan kewangan ini dilaksanakan secara cekap, telus, dan berintegriti, dengan mematuhi sepenuhnya Pekeliling, Arahan Perbendaharaan, dan segala peraturan kewangan yang berkuat kuasa. Unit Kewangan bertanggungjawab memastikan sumber kewangan Kolej digunakan secara optimum dan berkesan bagi menyokong pencapaian objektif akademik dan pembangunan Kolej.
Menjadi Unit Kewangan yang unggul dan berintegriti dalam menyampaikan perkhidmatan pengurusan kewangan yang cekap, efektif, dan profesional bagi merealisasikan matlamat Kolej Komuniti Kota Tinggi.
Menguruskan semua peruntukan, perbelanjaan, hasil, aset, dan liabiliti Kolej secara berhemah, telus, dan mematuhi segala pekeliling, peraturan serta prosedur kewangan yang ditetapkan serta berkuatkuasa.
Menyediakan perkhidmatan nasihat kewangan yang tepat dan terkini kepada pihak pengurusan dan semua unit di Kolej bagi memastikan keputusan kewangan dibuat mengikut pekeliling, peraturan serta prosedur kewangan yang ditetapkan serta berkuatkuasa
Membangunkan sistem kawalan dalaman yang kukuh dan berintegriti serta meminimumkan risiko ketidakpatuhan atau penyelewengan dalam pengurusan kewangan.
Memastikan penyediaan penyata kewangan dan laporan berkaitan adalah tepat dan disampaikan mengikut jadual dan pemantauan prestasi kewangan Kolej sentiasa mencapai prestasi yang ditetapkan.