KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA
Unit Jaminan Kualiti telah diwujudkan bertujuan untuk menyelaraskan dan mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti (SPK) ke arah memantapkan peranan warga Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) yang responsif, komited dan proaktif bagi mewujudkan budaya kerja cemerlang dikalangan warga KKKM. Fungsi utama unit ini adalah untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan.
OBJEKTIF
Objektif penubuhan unit ini adalah untuk menyelaraskan & mengimplementasikan sistem pengurusan kualiti (SPK) ke arah memantapkan peranan warga Kolej Komuniti Kota Melaka yang responsif, proaktif dan komited terhadap kesinambungan kecemerlangan organisasi.
FUNGSI & PERANAN
▪ Tugas utama unit ini adalah merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program berkaitan pengurusan kualiti bagi menerapkan budaya bekerja cemerlang serta mengamalkan penambahbaikan secara berterusan ke arah merealisasikan visi dan misi JPPKK
▪ Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) selaras dengan keperluan standard, dokumen kualiti serta peraturan yang sedang berkuatkuasa.
▪ Memantau, memberi cadangan, mengenalpasti ruang dan peluang penambahbaikan secara berterusan dalam aspek pelaksanaan SPK di peringkat Jawatankuasa, Program dan Unit.
▪ Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus, bengkel dan taklimat dalam aspek SPK serta menilai keberkesanannya bagi memupuk, menerap dan meningkatkan kefahaman amalan.
| unitjaminankualiti123@kkkm.edu.my |
| KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA ,NO 5, KOMPLEKS KESIDANG, JALAN TUN PERAK, 75300, BACHANG, MELAKA |
| Tel : 06- 3361220|