Pelan Transformasi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti menyasarkan Kolej Komuniti diiktiraf sebagai peneraju pendidikan dan latihan teknik dan vokasional pada peringkat serantau, 95% peratus graduan Kolej Komuniti bekerja (termasuk melanjutkan pelajaran) dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian dan 50 peratus lulusan Sijil Pelajaran Malaysia yang layak, memilih Kolej Komuniti sebagai pilihan pertama.