Program Multimedia Kreatif Pengiklanan ini dibentuk bertujuan melatih pelajar dalam bidang pengiklanan media cetak dan teknologi pengiklanan secara praktikal, selari dengan perkembangan teknologi terkini. Kursus yang ditawarkan dalam program ini memfokuskan kepada rekabentuk grafik, penerbitan audio video, dan kemahiran asas dalam amalan perancangan dan strategi pengiklanan. Prinsip dalam asas fotografi, seni dan rekabentuk, dan tipografi juga diterapkan untuk menggalakkan penghasilan pemikiran kreatif dan rekaan visual dalam persembahan. Pelajar juga mempelajari asas lukisan, illustrasi, media pengiklanan 2, dan pengiklanan pernerbitan 2 sebagai nilai tambah terhadap pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang berkaitan. Di samping itu, projek portfolio bertujuan membolehkan pelajar menjana idea dan kreativiti dalam pelaksanaan projek dan menunjukkan koleksi hasil kerja mereka melalui acara pameran.
Kursus ini mendedahkan dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran:
1. Menghasilkan lukisan kerja senibina yang menepati kehendak UndangUndang Kecil Bangunan Seragam dan Pihak Berkuasa Tempatan
2. Menghasilkan lukisan persembahan senibina
3. Menghasilkan model bangunan bagi tujuan persembahan
4. Menghasilkan model 3D bangunan (BIM)
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Perisian aplikasi, pemasangan komputer, asas pengaturcaraan dan etika digital dan keselamatan sosial.
2. Pangkalan data, rangkaian komputer, asas multimedia, pembangunan reka bentuk laman web dan pengenalan analisis dan rekabentuk sistem.
3. Pembangunan aplikasi mudah alih, internet of things, pengaturcaraan berorientasikan objek dan projek pelajar.
Program Sijil Perkhidmatan Logistik dibangunkan bagi membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali dalam prinsip dan amalan pengangkutan fret, pengurusan rantaian bekalan, pengurusan operasi gudang dan pengagihan, pengurusan perolehan dan sumber serta pengurusan inventori. Selain pengetahuan dan kemahiran teknikal, program juga menekankan kepada pengembangan potensi pelajar secara bersepadu dan holistik melalui kursus seperti pengajian am dan keusahawanan.