5 Februari 2024
UNIT SMART GREEN KKJS telah mengadakan KEMPEN SHARE A CAR 2024 KE KOLEJ KOMUNITI JASIN. Sempena Sesi II 2023/2024 bermula ,Unit Smartgreen ingin menggalakkan para pelajar dan staf KKJS untuk berkongsi kenderaan semasa hadir ke KKJS. Ini adalah sebahagian langkah ke arah FREE CARBON CAMPUS.
#KKJS_ShareACar
#UnitSmartgreenKKJS
#UnitKomunikasidanHubunganKorporatKKJS
15 Julai 2024
Objektif bagi program ini ialah:
Menggalakkan Penghijauan - Melalui penanaman pokok sebagai sebahagian daripada kempen penanaman 100 juta pokok, program ini bertujuan untuk meningkatkan kehijauan dan kelestarian alam sekitar di kawasan Kolej Komuniti Jasin dimulakan dengan pandaftaran dan penggunaan aplikasi Penghijauan Malaysia.
Memupuk Gaya Hidup Sihat - Program ini juga bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta dengan melibatkan aktiviti luar seperti senamrobik, berjalan kaki, berbasikal dan plogging.
Meningkatkan Kesedaran Alam Sekitar - Dengan penglibatan dalam aktiviti penanaman pokok, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan peserta terhadap alam sekitar.
Menggalakkan Semangat Komuniti - Program ini juga menggalakkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan peserta melalui aktiviti komuniti.