Psycedge Siri 5 2025 : Percanggahan Kognitif (Cognitive Dissonance)
Kelab Pembimbing Rakan Siswa Kolej Komuniti (PRS2K) yang pertama ditubuhkan pada 26 November 2006 di Kolej Komuniti Bukit Beruang. Kelab PRS2K ini seterusnya dijenamakan semula sebagai Pembimbing Rakan Inspirasi Siswa Siswi (PRISS) pada tahun 2013.
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada kepercayaan kepada Tuhan
Memupuk potensi/ bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbangrasa, rela, taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk
Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar
"Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain"
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal