PENGENALAN
Bantuan Dermasiswa Pengajian Tinggi (BDPT) merupakan bantuan tajaan pendidikan tinggi yang disediakan oleh Lembaga Zakat Selangor (MAIS) kepada pelajar asnaf yang layak bagi menyokong kelangsungan pengajian di institusi yang diiktiraf. Bantuan ini merangkumi komponen tajaan tertentu yang meliputi yuran pengajian serta bantuan keperluan pendidikan yang ditetapkan selaras dengan garis panduan agihan zakat LZS.
SYARAT PERMOHONAN
Pelajar mestilah seorang asnaf Fakir/Miskin/Muallaf yang berdaftar di bawah Lembaga Zakat Selangor.
Permohonan perlu dibuat secara atas talian melalui https://pendidikan.zakatselangor.com.my/login.asp dan pilih 'Daftar Kali Pertama' .
Pelajar mengisi maklumat peribadi seperti diperlukan, serta perlu melampirkan dokumen sokongan seperti berikut:
i) Surat Tawaran Institusi Pengajian.
ii) Surat Pengesahan Pelajar yang disahkan Pusat Pengajian.
iii) Struktur Yuran Pengajian yang disahkan Pusat Pengajian.
iv) Salinan Maklumat Akaun Bank Pelajar.
v) Salinan Keputusan SPM Pelajar.