Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) mula beroperasi sejak Mac 2003 dengan menumpang di Sekolah Menengah Teknik Kajang, Selangor dan menawarkan dua kursus iaitu Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Sijil Teknologi Maklumat.
Pada 5 Mei 2009, Kolej Komuniti Hulu Langat telah beroperasi di bangunan sendiri di Prima Saujana, Kajang. Bangunan yang mempunyai keluasan lot 1,502 meter persegi ini mempunyai kemudahan seperti bilik kuliah, dewan kuliah, bengkel, makmal komputer, perpustakaan, bengkel masakan, bengkel jahitan dan pelbagai kemudahan lain. Kini, KKHL telah berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan Tinggi dengan menawarkan Kursus Sepenuh Masa yang iaitu Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara (SPU), Sijil Teknologi Maklumat (STM) dan Sijil Pengoperasian Perniagaan (SPP).