To access the IEIC'25 Website in English, please click
LATAR BELAKANG PROGRAM
Kerjasama di antara Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak JAIPk dengan Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM), Kolej Komuniti Chenderoh dan Institut Perguruan Guru (IPG) Kampus Ipoh.
Karnival Inovasi Pendidikan ini merupakan kesinambungan daripada Pertandingan dan Kursus Inovasi Pendidikan yang dianjurkan pada tahun 2023 dan 2024.
Dibuka kepada pelajar dan guru-guru yang berkhidmat di sekolah-sekolah agama kelolaan Jabatan Agama Islam Perak dan satu kategori terbuka kepada pendidik dan pelajar di institut pengajian tinggi dalam dan luar negara.
JUSTIFIKASI PROGRAM
Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja berpasukan dalam kalangan pensyarah, guru dan pelajar.
Memberi peluang kepada warga pendidik untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, hasil penyelidikan dan idea inovasi.
Melahirkan pelajar dan guru-guru inovatif yang berfikiran strategik, kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Mengukuhkan jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai institusi pendidikan melalui program secara kolaborasi dn aktiviti pendidikan.