Unit Peperiksaan dan Penilaian bertanggungjawab mengurus dan melaksanakan semua aspek berkaitan peperiksaan serta penilaian pelajar di Kolej Komuniti Beaufort. Unit ini memainkan peranan penting dalam memastikan proses penilaian dilaksanakan secara sistematik, telus dan mengikut garis panduan yang ditetapkan. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah:
Penyediaan Item Penilaian (Penilaian Berterusan & Penilaian Akhir)
Penggubalan Soalan & Peraturan Pemarkahan / Rubrik
Semakan & Pembetulan
Penilaian & Pemilihan Item Penilaian (Penilaian Akhir)
Pelaksanaan Peperiksaan Akhir
Peperiksaan akhir dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) minggu pada setiap akhir semester, mengikut takwim akademik semasa.
Keputusan Penilaian
Keputusan penilaian boleh disemak melalui sistem CCMS pada tarikh rasmi pengumuman keputusan oleh pihak kolej.
Pengurusan Pensijilan & Transkrip Keputusan
Pengeluaran transkrip dan sijil hanya dilakukan selepas penganugerahan disahkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
Penguatkuasaan Peraturan Penilaian
Segala proses dan peraturan berkaitan peperiksaan serta penilaian adalah tertakluk kepada "Peraturan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Kolej Komuniti" yang sedang berkuat kuasa.
Unit peperiksaan yang diketuai oleh Pegawai Peperiksaan adalah pegawai yang dilantik untuk melaksanakan semua urusan dan aktiviti peperiksaan di Kolej Komuniti. Pegawai Peperiksaan bertanggungjawab :
Menerima data pendaftaran kursus / LA yang telah disahkan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) dan mengemaskini data pendaftaran kursus / LA pelajar ke dalam sistem peperiksaan.
Menerima senarai pelajar layak dan tidak layak menduduki penilaian akhir yang telah disahkan daripada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) .
Merancang dan menyediakan peralatan asas untuk keperluan peperiksaan.
Menyediakan takwim aktiviti berkaitan penilaian dan peperiksaan.
Menyediakan jadual waktu peperiksaan.
Melantik Ketua Pengawas dan Pengawas Peperiksaan setelah merujuk kepada Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP).
Mengeluarkan arahan, peraturan dan pekeliling peperiksaan serta memastikan arahan tersebut dipatuhi.
Memaklumkan kepada jabatan berhubung dengan tarikh-tarikh penting aktiviti peperiksaan.
Memastikan soalan peperiksaan dikawal dan disimpan dengan selamat.
Memastikan Lembaran Markah dan dokumen berkaitan disediakan sebelum Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti bersidang.
Bertindak sebagai Setiausaha kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
Mengumumkan bagi pihak Jawatankuasa Kolej Komuniti keputusan peperiksaan kepada pelajar dan pihak yang berkaitan.
Mengesahkan dan menandatangani Lembaran Markah selepas dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan :
Menyelaras penyediaan slip keputusan
Menyemak hasil cetakan berkaitan dengan keputusan pelajar
Mempamerkan keputusan di kolej atau melalui hebahan elektronik atau kedua-duanya sekali
Menyediakan laporan dan dokumen berkaitan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
Mengambil tindakan susulan daripada keputusan yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
Menyelaras penyediaan transkrip dan cetakan sijil untuk lulusan.