KOLEJ KOMUNITI BEAUFORT
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Unit Peperiksaan dan Penilaian merupakan nadi penting dalam memastikan keberkesanan sistem penilaian akademik di Kolej Komuniti Beaufort. Seiring dengan aspirasi pendigitalan pendidikan negara, inisiatif Sistem Pendigitalan Dokumen Peperiksaan dan Penilaian (SPDP KKBS) telah diperkenalkan sebagai langkah proaktif ke arah penilaian yang lebih telus, cekap dan berintegriti tinggi. Saya amat berbangga dengan komitmen warga unit ini dalam melaksanakan tanggungjawab secara profesional, berpaksikan etika serta berpandukan dasar yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK). Semoga platform ini dapat menjadi rujukan utama kepada semua pihak yang terlibat, sekaligus menyokong usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti pendidikan TVET di Malaysia.
Ts. Julkifli bin Awang Besar, A.D.K
Pengarah,
Kolej Komuniti Beaufort
Tahun Penubuhan
Jumlah Lulusan
(sehingga 2025)
Jumlah Program Pengajian