Program Smart Green Peringkat Kolej Komuniti Ampang telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha meningkatkan kesedaran warga kolej terhadap amalan kelestarian alam sekitar dan kecekapan tenaga. Program ini dirasmikan oleh Puan Sazuan Nazleen binti Mohd Azam, Pengarah Kolej Komuniti Ampang, sekaligus menandakan komitmen pihak pengurusan dalam mendukung inisiatif hijau di peringkat kolej.
Program ini telah dilaksanakan di bawah Bahagian Pepepriksaan dan Penilaian JPPKK dan menjalinkan kolaborasi bersama Kolej Komuniti Ampang sebagai rakan strategik bagi mencapai objektif program.
Kolej Komuniti Ampang memberikan ceramah berkaitan amalan baik pelaksanaan e-Waste dan penyerahan e-Waste pada 20 Mac 2025 di tapak perhimpunan, aras 5 JPPKK.
Program ini telah dianjurkan oleh pelajar DMT3 dan DTT3 pada S22425 yang mengambil kursus DUG10012 Green Tehnology Compliance dengan kerjasama Jawatankuasa Perwakilan Pelajar 2025/2026.
PROGRAM KOTAK CINTA ALAM SEKITAR