Untuk makluman tuan/ puan, KLAS Renang merupakan satu inisiatif baharu KBS dalam usaha untuk mengurangkan kadar kematian akibat lemas di seluruh negara. Program ini disasarkan kepada negeri-negeri yang mencatatkan kes lemas tertinggi di Malaysia.
Syarat penyertaan program ini adalah seperti berikut:
1. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
2. Peserta mempunyai minat untuk belajar berenang.
3. Mematuhi peraturan program dan wajib hadir dan mematuhi sesi kelas renang seperti jadual yang ditetapkan
Sekiranya tuan/ puan berminat untuk mendaftar, boleh mengisi borang ini bagi pra-pendaftaran program KLAS Renang. Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak urusetia bagi pengesahan penyertaan program.
PENYERTAAN ADALAH PERCUMA! (Tiada bayaran dikenakan bagi penyertaan program ini).
Borang pra pendaftaran ini akan ditutup/ tidak dapat di akses apabila telah penuh penyertaan.