SUB UNIT HEM
Pengurusan Hal Ehwal Murid adalah antara aspek utama untuk membantu pengurusan sekolah. Ini bermakna pencapaian prestasi berkualiti pengurusan Hal Ehwal Murid boleh membantu untuk menghasilkan sekolah berkesan serta boleh mencapai visi dan misi sekolah ke arah kegemilangan.
Dengan adanya permintaan dan harapan yang tinggi dalam kalangan murid dan masyarakat seluruhnya terhadap kemampuan sekolah, pentadbir sekolah seharusnya memainkan peranan yang lebih daripada hanya menjalankan fungsi pentadbiran dan penyelenggaraan. Pentadbir sekolah mesti berupaya menjadi penggerak dan penggalak perubahan untuk mempengaruhi ahli-ahli dalam sekolah menuju ke arah kecemerlangan. Ini kerana murid-murid merupakan aset negara masa depan.
Jatuh bangunnya negara bergantung kepada kualiti tenaga manusia yang dihasilkan oleh pendidikan. Untuk membantu individu supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek sebagaimana yang tercerna dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah satu perkara yang mudah. Di peringkat sekolah ia berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri institusi yang berjaya dalam bidang akademik dan bukan akademik.
Objektif:
1. Memastikan sekolah ini mempunyai sistem pengurusan HEM yang lengkap dan kemaskini.
2. Memastikan setiap tindakan yang diambil sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang semasa.
3. Memastikan sekolah sentiasa mengamalkan Amalan 3K.
4. Memastikan sekolah mahir dalam pengurusan kemenjadian murid dan fasih menangani isu dan kegiatan salahlaku
murid dengan segera berdasarkan garis panduan yang terbaru
5. Memastikan data dan maklumat murid sentiasa dikemaskini dan tepat supaya proses pengurusan HEM berjalan lancar
i) Bantuan dan Biasiswa
ii) Bantuan Buku Teks
6. Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.
7. Menggalakkan semua warga sekolah ini sentiasa berusaha menjaga dan menaikkan nama sekolah.