BARISAN PANEL
Dr. Nor Saadah merupakan tenaga pengajar akademik di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Gombak) dan mempunyai kelayakan dalam Ijazah Doktor Falsafah (Library and Information Science). Bidang penyelidikan beliau banyak mengkhusus kepada manuskrip melayu digital, pemuliharaan perpustakaan serta penterjemahan Bahasa Arab – Bahasa Melayu.
Mempunyai pengalaman dalam mengajar dan melaksanakan kajian berkaitan sains kemanusiaan,khususnya bidang teologi, perbandingan agama, serta bioetika, Profesor Abdurezak telah berkhidmat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selama 15 tahun di Jabatan Bioteknologi, Kuliyyah Of Science, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Kampus Kuantan). Penulisan beliau telah banyak diterbitkan bagi penerbitan buku-buku akademik, ensiklopedia, artikel dan jurnal serta persidangan antarabangsa di Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Malaysia, Singapura, Turki, Lubnan serta berbagai negara lain.
Prof Emeritus Dato’ Dr. Haji Mohamed Abdul Majid merupakan Felo dalam bidang Biologi, Agrikultur, dan Sains Persekitaran lantikan Akademi Sains Malaysia (ASM) pada tahun 2003. Sumbangan beliau dalam bidang taksonomi dan biodiversity khususnya botani, telah menjadikan beliau antara ahli pakar yang menjadi sumber rujukan penyelidik dalam luar negara. Antara sejarah perkhidmatan beliau yang dapat dikaitkan dalam sektor permuziuman adalah sebagai Penyelidik Pelawat pada tahun 1984 di Missouri Botanical Garden, New York Botanical Garden, dan Farlow Herbarium di Harvard University. Kemudian beliau ke Institut Smithsonian setelah ditawarkan untuk mengikuti pengajian Pasca Kedoktoran pada tahun yang sama. Kemudian, penglibatan beliau dalam bidang Muzium Alam Semula Jadi semakin berkembang setelah mendapat jemputan daripada kerajaan Jepun untuk lawatan Institusi Pendidikan dan Penyelidikan di National Science Museum, Kochi University dan Hiroshima University serta Chiba Natural History Museum.