JAWATANKUASA PEMANDU PROJEK
Menentukan dasar, hala tuju dan strategi pelaksanaan projek,
Menimbang dan meluluskan cadangan menguatkuasakan terma-terma kontrak seperti denda (penalty), pelanjutan masa (extension of time) dan penamatan kontrak;
Menimbang dan meluluskan cadangan penyelesaian berkaitan isu-isu dasar yang berbangkit sepanjang pelaksanaan projek;
Memantau secara menyeluruh pelaksanaan dan memperakukan serahan akhir projek.
JAWATANKUASA TEKNIKAL PROJEK
Mengkaji isu-isu dasar yang berbangkit dan mengesyorkan cadangan penyelesaian kepada Jawatankuasa Pemandu Projek:
Mengkaji dan mengesyorkan cadangan penguatkuasaan terma-terma kontrak kepada Jawatankuasa Pemandu Projek:
Mengkaji dan memperakukan tindakan penelesaian isu-isu teknikal yang timbul sepanjang pelaksanaan projek;
Memantau status kewangan dan kemajuan fizikal pelaksanaan projek;
Memperakukan serahan dan meluluskan tuntutan pembayaran projek.
Menyemak dan memastikan serahan projek memenuhi keperluan yang ditetapkan.
PASUKAN PROJEK
Merancang serta menyediakan hala tuju objektif dan strategi pelaksanaan projek;
Melaksanakan projek mengikut skop dan jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan;
Mencadangkan penguatkuasaan terma-terma kontrak (sekiranva berkaitan) kepada Jawatankuasa Teknikal Projek;
Mengenal pasti is dan masalah pelaksanaan projek dan cadangan penyelesaian;
Memantau kemajuan pelaksanaan projek berdasarkan kontrak serta jadual-jadual yang telah dipersetujui:
Menyemak dan memastikan serahan projek melalui proses jaminan kualiti serta menepati standard yang ditetapkan;
Melaporkan status pelaksanaan projek kepada Jawatankuasa Teknikal Projek.
Pasukan Projek MINGEOGIS juga turut disokong oleh beberapa KIuster Data yang telah dikenalpasti iaitu: