Sistem Terimaan Elektronik Kerajaan Persekutuan (iPayment) merupakan sistem terimaan elektronik bersepadu yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) untuk digunakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan.
Menyediakan sistem terimaan elektronik untuk kegunaan semua Pejabat Pemungut di Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan.
Meningkatkan penggunaan e-pembayaran bagi semua perkhidmatan Kerajaan Persekutuan untuk memastikan transaksi yang cekap, telus dan tepat pada masa.
Menjadi gerbang pembayaran utama bagi agensi kerajaan.
Memastikan pengurusan dan perakaunan terimaan elektronik yang efektif dan efisien di Kerajaan Persekutuan.