MINERAL ertinya apa-apa bahan sama ada dalam bentuk pepejal, cecair atau bergas yang terjadi—
(a)dengan cara semulajadi;
(b)hasil daripada perlombongan di dalam atau diatas tanah; atau
(c)hasil daripada perlombongan di dalam atau dibawah laut atau dasar laut,
terbentuk oleh atau tertakluk kepada suatu proses geologi, tetapi tidaklah termasuk air, "bahan batu batan“ sebagaimana ditafsirkan dalam Kanun Tanah Negara dan "petroleum" sebagaimana ditafsirkan dalam Akta Melombong Petroleum 1966
(TAFSIRAN -Seksyen 3 APM 1994)
5. (1) Tiada seorang pun boleh memiliki, membeli, menjual, menyimpan, memproses atau mengangkut apa-apa mineral yang diperoleh daripada mana-mana sumber kecuali daripada pemegang lesen mineral yang sah, pemegang lesen memproses mineral yang sah, pemegang tenemen mineral yang sah atau pengimport mineral yang sah.
(2) Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
6.(1) Tertakluk kepada hak pemegang mana-mana tenemen mineral, tiada seorang pun boleh—
(a)memiliki, membeli, menjual atau menyimpan mineral melainkan orang itu memegang suatu lesen mineral;
(b)Menjalankan apa-apa aktiviti pemprosesan mineral melainkan jika seseorang itu memegang lesen memproses mineral
(c)Mengangkut apa-apa mineral melainkan jika orang itu memegang suatu lesen mengangkut mineral
(2) Perenggan (1)(a) tidak terpakai jika seseorang telah diberikan lesen memproses mineral yang disebut dalam perenggan (1)(b).
i. LESEN MINERAL (TANPA PREMIS PENYIMPANAN) - MEMILIKI, MEMBELI & MENJUAL
ii. LESEN MINERAL (PREMIS PENYIMPANAN) - MEMILIKI, MEMBELI, MENJUAL & MENYIMPAN
iii. LESEN MEMPROSES MINERAL - MEMILIKI, MEMBELI, MENJUAL, MENYIMPAN & MEMPROSES