Merupakan ujian saringan untuk mengetahui tahap kesihatan mental iaitu tahap kemurungan (depression), tahap kebimbangan (anxiety) dan tahap tekanan (stress).
iJ-Career merupakan instrumen yang dibangunkan oleh Pegawai Psikologi JKM bagi menilai minat dan kecenderungan kerjaya berdasarkan bidang tugas sedia ada bagi Pegawai JKM. Instrumen ini dibangunkan bagi membantu Pengurusan Sumber Manusia yang lebih berkesan berdasarkan 18 dimensi utama.
Ujian ini telah dibina oleh Holland berdasarkan teori kerjaya. Alat ujian SDS mempunyai 192 itemย yang mempunyai pilihan jawapan โYaโ atau โTidakโ untuk mengukur minat kerjaya atau jenis personaliti seseorang. SDS mengandungi 6 sub-skala pengukuran iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).
Merupakan ujian yang mengukur lima jenis dimensi personaliti iaitu Ekstraversi (Extraversion), Kesetujuan (Agreeableness), Neurotisisme (Neuroticism), Kehematan (Conscientiousness) dan Keterbukaan (Openness).