JABATAN KEMAJUAN ORANG ASLI

SUBSIDI DIESEL INDIVIDU ORANG ASLI

🔍PROGRAM BANTUAN SUBSIDI BUDI ASLI

BUDI ASLI ialah wadah JAKOA bagi memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak. Belanjawan 2024 yang diumumkan, komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan dan ketirisan subsidi rakyat.


Bagi memastikan kebajikan masyarakat orang asli yang terjejas terus terpelihara, BUDI ASLI diperkenalkan sebagai platform penyasaran semula subsidi hanya kepada yang memerlukan. Bantuan ini bertujuan untuk menampung kenaikan kos akibat pelarasan semula subsidi diesel. 

PERMOHONAN SUBSIDI DIESEL MELALUI JAKOA

BUDI Asli

Permohonan ini adalah bagi penggunaan generator atau apa-apa peralatan yang menggunakan diesel bagi kegunaan individu atau komuniti. 

💬 PERMOHONAN MELALUI PORTAL BUDI MADANI

BUDI Individu

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel. 

BUDI Agri Komoditi

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada golongan petani, penternak dan pekebun kecil yang berdaftar dengan Kementerian terlibat untuk dimanfaatkan susulan kenaikan kos diesel jentera pertanian yang digunakan. 

MySubsidi Diesel

Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.