Jabatan Perancangan, Penyelidikan dan Inovasi (JPPI) berperanan dalam memantapkan perancangan serta pengurusan penyelidikan dan inovasi IPGK. Sehubungan dengan itu, fungsi ini mengupayakan kepimpinan penyelidikan dan inovasi dalam kalangan pemimpin akademik dan pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. JPPI turut menyediakan khidmat nasihat, kepakaran dan konsultasi penyelidikan kepada pensyarah yang sedang dan berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah. JPPI juga bertanggungjawab menjalankan kajian berbentuk penilaian program yang telah dilaksanakan oleh IPGM. JPPI bertanggungjawab melaksanakan proses Kajian Maklum Balas Pelanggan Sekolah (LAM PT 13) dengan kerjasama IPGM untuk memastikan kualiti guru pelatih dari IPGKSAH yang ditempatkan di seluruh pelusuk tanah air selepas tamat kursus perguruan. Selain itu, JPPI juga bertanggungjawab merancang, menyelaras dan mengurus aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat IPGKSAH, kebangsaan dan antarabangsa. JPPI turut berfungsi untuk menyelaras pembentang dan peserta yang menghadiri seminar, persidangan dan bengkel yang dianjurkan oleh IPGM atau institusi pendidikan yang lain di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Seterusnya JPPI bertanggungjawab menerbitkan jurnal berwasit iaitu Jurnal Khazanah sebagai wadah untuk pensyarah dan pelajar mendokumentasikan hasil penyelidikan dan inovasi mereka setiap tahun. Sehubungan dengan itu juga JPPI menerusi Unit Hubungan Luar dan Antarabangsa (HLA) bertanggungjawab terhadap program-program yang melibatkan program kerjasama IPGKSAH dengan agensi-agensi dalam dan luar sama ada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa.
Tingkat Bawah, Bangunan RMK9
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim,
Jalan Kuala Ketil, 08000, Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.
Membantu mencapai visi dan misi IPGKSAH dan IPGM
Merancang dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat jabatan dan organisasi IPGKSAH
Membudayakan Inovasi dan Kreativiti di dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) serta Pengurusan kepada warga IPGKSAH.
Mengurus setiakan pengurusan sistem Data Penyelidikan warga IPGKSAH.
Menyelaras pelaksanaan Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi.
Menerbitkan Jurnal Khazanah sebagai artikel berkaitan pendidikan.
1. Merancang, menyelaras, menggerak dan memantau aktiviti penyelidikan dan inovasi diperingkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim menurut prosedur Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (LAM PT 10).
2. Merancang, menyelaras, menggerak dan mengurus seminar penyelidikan peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim, peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
3. Menyelaras aktiviti penyelidikan dan inovasi di peringkat IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPGM.
4. Merancang dan melaksanakan kolokium perkongsian intelek dan bengkel kesarjanaan untuk pensyarah di IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
5. Menyelaras dan menerbitkan hasil penulisan pensyarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim dalam Jurnal Khazanah.
6. Menjalankan kajian maklum balas kepuasan pelanggan mengikut Prosedur Kualiti IPGM-PT 13 dan instrumen Maklum Balas Pelanggan bagi keperluan IPG Kampus Sultan Abdul Halim dan IPGM.
7. Merancang dan mengendalikan kursus peningkatan profesionalisme pensyarah dalam bidang penyelidikan dan inovasi sama ada secara dalaman atau berkolaboratif dengan pihak luar.