Kursus ini ditawarkan supaya para pelajar dapat menghasilkan inovasi berbentuk digital dalam pengajaran dan pembelajaran bagi Bahasa Melayu dengan menggunakan alat-alat digital yang sesuai.
1. Menjelaskan konsep-konsep berkaitan inovasi melalui penyampaian idea dengan terangdan berkesan secara lisan dan bertulis (C2, A2, PLO1, PLO4, CS3).
2. Mengaplikasikan model pembelajaran trialogical dalam aktiviti pembangunan projek atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran (C3, A1, PLO2).
3. Menghasilkan inovasi berasaskan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan pemasaran (C6, A3, PLO2, PLO7, KK1).
4. Menilai penciptaan inovasi dan impaknya terhadap kualiti pengajaran dan pembelajaran dengan mencadangkan idea dan penyelesaian alternatif (C5, A3, PLO1, PLO3, CTPS3).