BMMB1094
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
KEMAHIRAN BAHASA MELAYU
Kursus ini berfokuskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Tumpuan kursus ini meliputi konsep, proses, tujuan, bentuk, aspek-aspek, jenis-jenis, peringkat kemahiran bahasa, faktor-faktor yang mempengaruhi kemahiran bahasa dan aktiviti kemahiran bahasa. Pengetahuan dalam kursus ini memberi panduan kepada pelajar tentang kemahiran bahasa Melayu yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Bahasa Melayu).
HPK1
Menjelaskan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. (C2, HPP1)
HPK2
Menghubung kait faktor-faktor penguasaan kemahiran bahasa dengan peringkat-peringkat kemahiran bahasa. (C5, HPP2, KKG2)
HPK3
Menunjuk cara aktiviti kemahiran mendengar dan bertutur bahasa Melayu. (C3, A2, HPP2, HPP5, KKG1, KMK1)
HPK4
Menganalisis aktiviti kemahiran membaca dan kemahiran menulis. (C4, HPP2, KKG6)