Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. PTM juga merupakan satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.
Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jentera pentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.
PTM dilaksanakan dalam tempoh lima (5) hari meliputi tiga (3) segmen iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam; Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama.
Makluman Pelaksanaan Program Transformasi Minda Secara Bersemuka Bagi Pelajar Ambilan 2021
Tarikh: 9 - 14 Februari 2025
Tempat: Dewan Sri Samarahan
Makluman Pelaksanaan Program Transformasi Minda Secara Dalam Talian Bagi PPP
5 Siri ( Bulan Februari-Mei )
Jadual Pelaksanaan PTM Tahun 2026
Program Transformasi Minda untuk pelajar PDPP IPGKTAR telah berjaya dilaksanakan dari 22 - 26 September 2025, dengan penyertaan seramai 23 orang PDPP IPGKTAR dan 9 orang pelajar PDPP IPGK Batu Lintang. Kesemua 32 orang peserta telah menamatkan program ini dengan jayanya.
Program Transformasi Minda Siri 5/2025 telah berjaya dilaksanakan dari 19 hingga 23 Mei 2025, dengan penyertaan seramai 116 orang peserta yang telah menamatkan program ini dengan jayanya.
Peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kelas A dan Kelas B, yang masing-masing dihadiri oleh 58 orang peserta.
Program Transformasi Minda Siri 4/2025 telah berjaya dilaksanakan dari 5 hingga 9 Mei 2025, melibatkan seramai 120 orang peserta yang telah menamatkan program ini dengan jayanya.
Para peserta telah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu Kelas A dan Kelas B, dengan 60 orang peserta dalam setiap kelas.
Program Transformasi Minda Siri 3/2025 telah berjaya dilangsungkan dari 21 hingga 25 April 2025, dengan penyertaan seramai 120 orang peserta yang telah menamatkan program ini dengan cemerlang.
Para peserta telah dibahagikan kepada Kelas A dan Kelas B, yang masing-masing dihadiri oleh 60 orang peserta.
Program Transformasi Minda Siri 2/2025 telah berjaya dilaksanakan dari 10 hingga 14 Mac 2025.
118 orang peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Kelas A dan Kelas B, masing-masing dihadiri oleh 60 orang peserta, menjadikan suasana pembelajaran lebih teratur dan berfokus.
Laporan PTM Siri 2/2025 ini menggabungkan laporan kedua-dua kelas, ia telah diterbitkan secara hardcopy dan mempunyai nombor ISBN tersendiri.
Program Transformasi Minda Siri 1/2025 telah berlangsung dari 24 hingga 28 Febuari 2025 dan disertai oleh 119 orang peserta.
Ia dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Classroom dan Google Meet.
Laporan PTM Siri 1/2025 ini menggabungkan laporan kedua-dua kelas, ia telah diterbitkan secara hardcopy dan mempunyai nombor ISBN tersendiri.
Program Transformasi Minda yang melibatkan guru pelatih PISMP Ambilan Jun 2021 - Julai 2025 telah berlangsung dari 9 hingga 14 Febuari 2025.
Seramai 132 orang siswa guru IPGKTAR telah menamatkan Program Transformasi Minda dengan jayanya.
Laporan PTM Siri 1/2025 telah diterbitkan secara hardcopy dan mempunyai nombor ISBN tersendiri.
Program Transformasi Minda ini telah berlangsung bermula 4 hingga 8 Mac 2024 bertempat di Dewan Sri Samarahan, IPGKTAR serta disertai oleh 337 orang peserta yang berjaya menamatkan program ini.
Program ini dijalankan sebagai syarat kepada guru-guru pelatih mendapatkan pengesahan sebagai penjawat awam.
Program Transformasi Minda ini berlangsung selama lima hari mulai 13 Mac 2023 sehingga 17 Mac 2023, disertai seramai 120 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dari seluruh pelosok negeri Sarawak sama ada guru sekolah rendah mahupun menengah.
Ia dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan platform Google Classroom dan Google Meet. Program ini menyelitkan tiga segmen utama iaitu Negara dan Perkhidmatan Awam, Tanggungjawab dan Peranan Pegawai serta Budaya Kerja Kelas Pertama yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah yang berkaliber.