Sekolah Pengajar adalah sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang dijadikan sebagai makmal untuk memperkasakan kompetensi pendidik bagi pembelajaran kontemporari dalam kalangan siswa guru, pensyarah dan guru ke arah pembangunan karakter dan pendidikan manusiawi. Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan Ke- 167 pada 26 September 2022 bersetuju agar mewujudkan Teaching School yang sepenuhnya di bawah pengurusan maktab.
Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.11/2024 pada 2 Mei 2024 telah mengambil maklum berhubung Program Teaching School IPGM dan memutuskan agar IPGM meneruskan Program Teaching School dengan kerjasama BPSH yang bertindak sebagai pemudah cara. Mesyuarat Profesional Kementerian Pendidikan Malaysia Bil.17/2024 pada 4 Julai 2024 telah mengambil maklum berhubung Teaching School.Mesyuarat Pengurusan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Bil. 2/2024 pada 24 Julai 2024. bersetuju dan menyokong Program Sekolah Pengajar.