Program Sekolah Pengajar : IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia
Dalam majlis peluncuruan Program Sekolah Pengajar, pensyarah IPGM bersama-sama siswa dan siswi guru IPGM dan English Language Teaching Centre (ELTC) telah mempamerkan amalan pedagogi dengan inisiatif dan formula baharu berkaitan dengan intervensi untuk mengatasi isu pembelajaran. Rasional pelaksanaan Program Sekolah Pengajar ini disebabkan pendidikan guru yang berlangsung di kampus seluruh negara mempunyai hubungan yang erat dengan sekolah dan prose pembelajaran murid di dalam bilik darjah.
(Sumber : https://dewanmasyarakat.jendeladbp.my/2024/07/10/23478/)
BENGKEL KERJA PEDAGOGI TERBEZA @ SK DENGKIL BIL1./2025
✨ Di bawah Program Sekolah Pengajar IPGM :-
Program Sekolah Pengajar IPGM di Sekolah Dengkil diteruskan lagi dengan Bengkel Kerja Pedagogi Terbeza Bil.2 untuk guru-guru sesi petang.
Bengkel ini memberi fokus kepada peningkatan kompetensi guru dalam melaksanakan PdP yang responsif terhadap keperluan murid yang pelbagai.
Melalui pengenalan konsep, strategi, guru-guru diberi pendedahan untuk mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Terbeza secara berkesan di bilik darjah.
Pendekatan pembelajaran terbeza menekankan bahawa setiap murid mempunyai keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran yang berbeza; oleh itu, proses pengajaran dan pembelajaran tidak wajar dilaksanakan secara seragam atau menggunakan pendekatan satu acuan untuk semua.
Komitmen dan keterlibatan guru dalam bengkel ini amat menggalakkan dan menyokong kepada budaya pembelajaran berterusan serta peningkatan profesionalisme dalam kalangan warga pendidik.
Bengkel ini melibatkan seramai 27 orang guru SK Dengkil sesi petang termasuk Pentadbir Sekolah, wakil IPGM, IPG Kampus Bahasa Melayu serta turut dihadiri oleh wakil JPN Selangor sebagai tanda sokongan terhadap Program Sekolah Pengaajr IPGM.
Diharapkan usaha ini mampu menerapkan amalan terbaik dalam pendidikan,seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti pengajaran, pembelajaran ke arah kemenjadian murid.
#SekolahPengajarIPGM #PembelajaranTerbeza #IPGM2025 #SKDengkil
SHOWCASE SEKOLAH PENGAJAR IPG SEMASA MAJLIS AMANAT KPPM SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH SESI 2025/2026
"IPGM Peneraju Kecemerlangan Pendidikan Guru Bertaraf Dunia"