PENGENALAN
PENGENALAN
LATAR BELAKANG
Jabatan Sains dan Matematik adalah salah satu jabatan penting di IPG Kampus Sultan Mizan yang mana diangotai oleh 14 orang pensyarah yang sangat berpengalaman mengajar dalam bidang-bidang utama pendidikan sains dan matematik. Kepakaran yang dimaksudkan adalah berkaitan dengan Pendidikan Fizik, Kimia, Biologi, Pendidikan Alam Sekitar, Pendidikan Matematik, Penyelidikan Pendidikan, Kajian Tindakan, Pendidikan Kesihatan dan Pendidikan Pemulihan Khas serta beberapa kursus elektif yang lain. Kebanyakan pensyarah sangat berpengalaman dalam bidang masing-masing yang kebanyakannya sudah melebihi 15 tahun mengajar di IPG. Jabatan Sains dan Matematik mula bergabung menjadi satu jabatan mulai tahun 2024 dan dibantu oleh tiga orang pembantu makmal yang ditempatkan masing-masing di makmal fizik, kimia dan biologi.
Jabatan ini merupakan sebuah jabatan akademik yang dinamis di mana berperanan melatih bakal guru dan guru dalam perkhidmatan dalam bidang ilmu pengetahuan pendidikan, kemahiran pedagogi terbaru serta dapat mengaplikasikan ‘Technological Pedagogical Content Knowledge’. Jabatan ini juga berperanan sebagai pusat rujukan pedagogi, penyelidikan serta pusat latihan dan pengembangan inovasi pengajaran dan pembelajaran. Memiliki pensyarah berwibawa dan kompeten ke arah pelaksanaan sistem penyampaian berkualiti mempunyai visi, misi dan objektif untuk :
Meningkatkan kapasiti dan kepakaran profesional pensyarah menerusi latihan pembangunan staf secara berterusan.
Membudayakan amalan pengajaran dan pengajaran dalam kalangan pensyarah menjurus kepada pembelajaran abad 21.
Meningkatkan amalan penyelidikan, penciptaan inovasi pendidikan serta kreativiti dalam kalangan pensyarah.
Mengamal dan mengekalkan budaya penyayang, kerja berpasukan dan iklim persekitaran kerja yang kondusif disamping sentiasa memupuk nilai-nilai keguruan dan profesionalisme pendidikan.
CARTA ORGANISASI
JABATAN SAINS & MATEMATIK 2024