AMALAN PROFESIONAL DIURUS CEMERLANG
PENGENALAN UNIT
PRAKTIKUM
Amalan Profesional IPGM terdiri daripada tiga komponen utama iaitu Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), Praktikum dan Internship. Komponen tersebut merupakan antara kursus teras dalam struktur kurikulum pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Manakala bagi struktur kurikulum pengajian Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) IPGM melibatkan PBS dan praktikum.
Unit ini berfungsi untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran yang berkaitan dengan Amalan Profesional. Tugas-tugas yang dimaksudkan ini meliputi urusan pelantikan, penempatan, penyeliaan, pemantauan dan penyelarasan Amalan Profesional yang melibatkan kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan agensi-agensi KPM. Bagi mencapai objektif Amalan Profesional dapat disempurnakan dengan berkesan, Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan KPM dan Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan KPM merupakan rujukan utama.
PROSES KERJA