KASUMA X STEM 2025
Penganjuran Karnival Akademik dan Sukan Mahasiswa (KASUMA) dan Karnival STEM bertujuan untuk membentuk mahasiswa yang cergas, berdaya saing dan berfikiran kreatif. Melalui aktiviti akademik dan sukan, program ini dapat meningkatkan tahap kecergasan, memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mempererat ukhuwah sesama pelajar. Dalam masa yang sama, Karnival STEM memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka dan mengaplikasikan ilmu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik secara kreatif dan inovatif. Program ini menjadi platform penting untuk melahirkan pelajar holistik, berfikiran kritikal dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.