Laman Informasi
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn
#MESRA, KOMITED, EFISIEN
#MESRA, KOMITED, EFISIEN
Selamat datang ke Laman Informasi Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP), Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn.
Laman ini dibangunkan sebagai medium rujukan utama kepada semua warga kampus, khususnya siswa guru, dalam mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan hal ehwal pelajar secara cepat, tepat dan terkini. Melalui platform ini, pengguna boleh mengakses pelbagai bahan penting seperti borang rasmi untuk muat turun, buku panduan, garis panduan, memo serta hebahan maklumat semasa yang berkaitan dengan kebajikan, pembangunan sahsiah dan pengurusan pelajar.
Pihak JHEP komited dalam memastikan penyampaian maklumat yang efisien dan mesra pengguna bagi menyokong keperluan siswa guru sepanjang tempoh pengajian. Diharapkan laman ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya sebagai sumber rujukan yang membantu dan memudahkan urusan semua pihak.
Sekian, terima kasih.
SAMSUDIN BIN SAAD
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGMKTHO merupakan jabatan utama yang menjadi penggerak dan penghubung antara pelajar dengan seluruh organisasi sesebuah Institut Pendidikan Guru dan seharusnya dapat menangani hal-hal berkaitan dengan pengurusan pelajar.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGMKTHO diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan komitmen pelajar dalam pembinaan sikap dan sahsiah positif ke arah menyediakan guru yang berkesan.
Peneraju Kecemerlangan Pembangunan Pelajar Pendidikan Guru
Meningkatkan Pengurusan Hal Ehwal Dan Kebajikan Pelajar Melalui Tadbir Urus Dan Perancangan Program Serta Aktiviti Pelajar Yang Mantap Dan Dinamik Ke Arah Pembentukan Personaliti Guru Berjiwa Pendidik
Merancang dan menyelaras tadbir urus program pembangunan kepimpinan dan pembinaan watak pelajar.
Merancang, menyelaras urus tadbir dan memantau pelaksanaan aktiviti kebajikan dan keselamatan pelajar.
Merancang, menyelaras urus tadbir dan memantau pelaksanaan aktiviti pengukuhan dan penghayatan program kerohanian dan moral.
Merancang dan menyelaras urus tadbir Penguatkuasaan Akta 174 IPG.
Menyelaras penyediaan peraturan-peraturan berkaitan dengan Akta 174 dan Kolej Kediaman IPGM.
Menyelaras prosedur pendaftaran dan minggu pengurusan pelajar baharu di IPG.
Mengurus dan menyelaras penubuhan Jawatankuasa yang berkaitan dengan Hal Ehwal Pelajar IPG.
Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Mentor Menti dan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Pelajar IPG.
Merancang, memantau dan menyelaras pelaksanaan aktiviti Koleh Kediaman IPG.
Merancang, menyelaras dan mengawal selia tadbir urus Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) di IPG Kampus.
Merancang dan menubuhkan Persatuan Alumni serta menyelaras pelaksanaan aktiviti Persatuan Alumni.
Merancang dan menyelaras pelaksanaan aktiviti konvokesyen IPGM KPM dan IPG Kampus.
Merancang dan menyelaras program dan aktiviti pelajar dengan agensi luar.
Menyelaras dan mengurus jemputan Tetamu Kehormat yang berkaitan dengan aktiviti pelajar.