Koleksi Perpustakaan IPGKBL terdiri daripada koleksi buku, bahan terbitan bersiri dan bahan sumber elektronik dalam bidang akademik khusus kepada pendidikan keguruan. Sehubungan dengan itu, untuk kemudahan rujukan maklumat yang diperlukan oleh pengguna, Perpustakaan IPGKBL menyediakan koleksi buku pelbagai subjek terbitan dalam dan luar negara. Buku-buku dalam koleksi Perpustakaan IPGKBL diperolehi melalui pembelian dan sumbangan.
ARAS 1
Galeri Madani, Galeri Sasterawan Negara & Galeri Inovasi
Koleksi Rak Terbuka / Pinjaman
Koleksi Sarawakiana
Koleksi Buku Rujukan Sarjana
Koleksi Bahasa Cina
Koleksi Otago
Koleksi Buku Teks
Koleksi Fiksyen
Koleksi Folio
Koleksi Kanak-kanak
Koleksi Multimedia
ARAS 2
Koleksi Rujukan
Koleksi Rujukan Khas
Koleksi Nadir
Koleksi Penyelidikan / Tesis
Koleksi Khas
Koleksi IPGK Batu Lintang
Koleksi Kementerian Pendidikan Malaysia
Koleksi Terbitan Bersiri
Koleksi Laporan Tahunan Agensi Luar
Koleksi Rujukan Khas Majalah
Koleksi Rujukan Khas Akhbar
Koleksi Prosiding / Seminar
Setiap bahan yang terdapat dalam koleksi perpustakaan telah direkodkan dan diberi nombor panggilan bagi memudahkan proses pengesanan dan pencarian bahan. Setiap nombor panggilan yang diberi adalah tertakluk kepada arahan dan tatacara pengkelasan dalam Dewey Decimal Classification Systems. Koleksi perpustakaan dikelaskan dan disusun mengikut Dewey Decimal Classification Systems yang mempunyai 10 kelas utama dan ditempatkan berdasarkan kategori koleksi.