LINK GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PedaTEd 2025 Zon Timur https://drive.google.com/drive/folders/1r2hS0POaWApqmY8OOyfesTBMhszkQJuD?usp=sharing)
LINK GAMBAR-GAMBAR SEKITAR PedaTEd 2025 Zon Timur https://drive.google.com/drive/folders/1r2hS0POaWApqmY8OOyfesTBMhszkQJuD?usp=sharing)
SILA SCAN QR CODE DI ATAS ANDA AKAN MENERIMA SIJIL DIGITAL YANG DIJANA TERUS
KE ALAMAT E-MEL ANDA SEBAGAI PESERTA PEDATED 2025
PENGENALAN
Persidangan Kebangsaan Pedagogi dan Pendidikan Guru IPGK Zon Timur 2025 (PedaTEd Zon IPGK Timur 2025 merupakan persidangan julung kali peringkat kebangsaan yang diadakan mengikut zon iaitu Zon Timur yang melibatkan kerjasama di antara empat buah kampus iaitu Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan selaku penganjur utama dan dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Mizan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu dan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato’ Razali Ismail.
MATLAMAT
PedaTEd Zon Timur 2025 mendukung matlamat Transformasi IPG 2019-2025 di bawah Kluster 3 pembudayaan penyelidikan, iaitu memperkukuhkan amalan penyelidikan dan inovasi berimpak tinggi dengan menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan amalan terbaik dalam bidang pendidikan hasil daripada penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan oleh para pendidik. Persidangan ini bakal menghimpunkan para penyelidik, pendidik, pihak berkepentingan dan pakar-pakar dalam pendidikan untuk berkongsi pengetahuan, memperkenalkan hasil penyelidikan terkini serta amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.
GO GLOBAL
Selaras dengan dunia yang sentiasa berubah, penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan adalah kunci kepada pembangunan karakter yang kompeten dalam sistem pendidikan MADANI. PedaTEd IPGK Zon Timur 2025 merupakan medium yang efektif untuk menyebarluaskan penyelidikan dan inovasi terkini, membina rangkaian profesional dan meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.
Objektif
1. Memberi peluang kepada warga pendidik untuk berkongsi hasil penyelidikan dan inovasi berkaitan dengan pendidikan guru.
2. Memantapkan kemahiran penyelidik dan inovator dalam melaksanakan kajian dan menghasilkan inovasi yang berkualiti.
3. Menggalakkan warga pendidik membangunkan profesionalisme dalam aspek penyelidikan dan inovasi bagi pembangunan karakter.
4. Meneruskan usaha bagi merealisasikan hala tuju pendidikan negara ke arah pendidikan MADANI.