Search this site
Embedded Files
PedaTEd 2025 Zon Sabah
  • UTAMA
  • MAKLUMAT
  • INOVASI
  • PENYELIDIKAN
  • UCAPTAMA
  • SIJIL
PedaTEd 2025 Zon Sabah
  • UTAMA
  • MAKLUMAT
  • INOVASI
  • PENYELIDIKAN
  • UCAPTAMA
  • SIJIL
  • More
    • UTAMA
    • MAKLUMAT
    • INOVASI
    • PENYELIDIKAN
    • UCAPTAMA
    • SIJIL
PEMENANG PEDATED ZON SABAH (IPGMK) (1).pdf

borang tempahan anugerah medal 

Tahniah kepada semua penerima-penerima anugerah Pertandingan Inovasi PedaTEd Zon Sabah yang telah berlangsung pada 1& 2 Oktober 2025. Sebagai tanda kenangan, pihak penganjur telah mengambil inisiatif untuk membuka tempahan medal kepada semua peserta yang telah mendapat pengiktirafan dalam pertandingan tersebut. 

‘Penyelidikan dan Inovasi: 

Penggerak Transformasi Masyarakat Digital’

LATAR BELAKANG

Persidangan Kebangsaan Pedagogi Dan Pendidikan Guru Zon Sabah 2025 atau dikenali dengan singkatan PedaTEd 2025 merupakan kolaborasi antara empat IPG di Kampus Zon Sabah untuk kali kedua setelah berlangsungnya PedaTEd Tahun 2024 di IPGM Kampus Keningau.  Bagi tahun 2025, giliran IPGM Kampus Kent untuk menjadi penganjur utama bagi PedaTEd 2025.

 

Kecemerlangan Seminar Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan (SPIP2021) telah menjadi bukti kepada keupayaan IPGM Kampus Kent untuk menganjurkan PedaTEd 2025 peringkat kebangsaan. SPIP 2021 telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan melalui penyertaan dari pelbagai institusi pendidikan seperti universiti awam, dan juga warga KPM yang terdiri daripada guru dan murid dari sekolah rendah dan menengah seluruh Malaysia. Hasil penganjuran tersebut,  sebanyak 69 kertas penyelidikan dalam pelbagai tema dan 78 produk inovasi telah dikongsikan dan dipertandingkan dengan pelbagai anugerah dan pingat.

 

Penganjuran PedaTEd 2025 akan memberi tumpuan utama kepada bidang penyelidikan pendidikan dan inovasi. Namun, penyertaan dari bidang-bidang lain yang relevan dalam sistem pendidikan terutamanya daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), IPTA, IPTS dan juga warga KPM secara umumnya amat digalakkan bagi memeriahkan lagi PedaTEd 2025 menerusi pelibatan pengkaji dan perekacipta inovasi daripada tema yang pelbagai. 

 

Dalam usaha merealisasikan nilai dan ketinggian ilmu yang terdapat dalam bidang penyelidikan dan inovasi maka, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tersebut wajar diwacanakan secara ilmiah  selari dengan hasrat kerajaan agar kualiti pendidikan di Malaysia mampu bersaing di persada dunia setanding dengan standard piawaian pendidikan antarabangsa. Bahkan, melalui penganjuran PedaTEd 2025 juga diharapkan dapat memberi peluang kepada para sarjana pendidikan untuk berkongsi ilmu dan hasil penyelidikan demi meningkatkan kualiti produk inovasi serta memacu kualiti pendidikan ke taraf global.

 

Justeru, bagi meneruskan kecemerlangan dalam bidang penyelidikan pendidikan dan inovasi, Mesyuarat Penyelarasan PedaTEd 2025 bersama-sama Ketua-Ketua Jabatan, JPPI, IPGM pada 13 Ogos 2024 yang lalu telah memutuskan untuk meneruskan penganjuran Seminar Penyelidikan Pendidikan dan Inovasi (PedaTEd) Tahun 2025 buat kali kedua mengikut zon

PROGRAM

SEMINAR PENYELIDIKAN 

PERTANDINGAN INOVASI 

Rakan strategik

Yee Lee Trading Co. Sdn. Bhd.

Common Tower Technologies Sdn. Bhd.

Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR)

C & F Enterprise  Sdn. Bhd.


Berita terkini

Aturcara PeDATEd Zon Sabah

buku program PeDATEd Zon Sabah

RESOLUSI PedaTED zon sabah 2025

Hubungi: jppi@ipkent.edu.myTel: 088-797500 (ext.420)Hak Cipta Terpelihara@2025 IPG Kampus KentKementerian Pendidikan Malaysia
Report abuse
Page details
Page updated
Report abuse