Sila muat turun borang LAM PT 04 dari Sistem iTEMS .
Merujuk kepada buku panduan pentaksiran IPG, semua panel pemeriksa menyemak sampel yang dipilih berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik untuk memastikan semua kriteria penilaian ditanda untuk mencapai satu markah yang dipersetujui.
Markah penyelarasan perlu diisi dalam borang penyelarasan markah pentaksiran berterusan.
Bagi membezakan pelajar dari segi tahap prestasi, markah pentaksiran berterusan seharusnya menunjukkan serakan yang munasabah. Oleh yang demikian, pensyarah harus memastikan perkara-perkara berikut yang perlu dipatuhi:
a. Markah pentaksiran berterusan mestilah sekurang-kurangnya terdiri daripada tiga gred merentasi dua kategori gred. ( A, A-, B+ atau A, B+, B, C+ atau B+, B, C)
b. Taburan markah pentaksiran berterusan seharusnya tidak terlalu terpencong. Sebagai contoh, taburan adalah terlalu pencong jika satu kumpulan 20 pelajar, terdapat 18 gred A, 1gred A- dan 1 gred B+.
Bagi kes-kes yang menunjukkan taburan tidak dapat memenuhi kriteria (a) dan (b), pensyarah perlu menyemak semula semua tugasan pelajar agar mencapai taburan lengkung normal atau memberikan justifikasi berasaskan prinsip-prinsip pentaksiran. Justifikasi ini perlu disahkan oleh Ketua Jabatan Akademik sebelum dicatat secara jelas dalam Laporan Ketua Jabatan yang dilampirkan bersama Borang Pentaksiran Berterusan dan Peperiksaan (e-BPBP)
Berdasarkan JST yang telah dibina, penggubal perlu menyediakan tugasan bagi mencapai objektif pentaksiran berterusan berkenaan. Tugasan yang disediakan mestilah disemak oleh Pakar Bidang (Subject Matter Expert/SME) setiap jabatan menggunakan borang penyemakaan dan pemurnia pentaksiran berterusan dan disahkan oleh Ketua Jabatan Akademik (KJA) sebelum proses verifikasi oleh Pemeriksa Dalam.
Muat turun borang pelaksanaan pembentangan dan pemurnian pentaksiran berterusan