SENARAI ISI KANDUNGAN
Pengenalan Lagu Rakyat
Asas Teknik Vokal
Gaya Persembahan
Aktiviti Sebelum Persembahan
Video Lagu Rakyat
Lirik Lagu
1.1 Konsep Lagu
Lagu rakyat merupakan sebuah genre sastera lisan dan sebahagian besar daripada genre ini digubah berasaskan tradisi lisan bercorak prosa dan puisi. Lagu rakyat merupakan puisi tradisional yang merdu apabila dipersembahkan secara berlagu baik dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik. Lagu rakyat adalah bercorak universal yang lahir dalam pelbagai kebudayaan. Lagu rakyat ini dperturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk irama beraneka ragam, dari corak yang paling sederhana ke corak yang cukup rumit bergantung kepada tujuan lagu rakyat dinyanyikan.
1.2 Ciri-Ciri Lagu Rakyat
Lahir secara spontan, tidak bertulis dan terdiri atas pelbagai bentuk seperti pantun, syair, pepatah, perumpamaan dan sebagainya.
Lirik lagu mengandungi nilai dan falsafah
Gaya persembahan memaparkan bentuk tradisi
Peralatan muzik yang digunakan mengiringi persembahan adalah ringkas dan mudah seperti gendang, rebana, gong dan kompang (rujukan: https://iluminasi.com/bm/5-jenis-alat-muzik-tradisional-orang-Melayu.html)
Peralatan muzik penting untuk menghasilkan muzik yang menarik dan menyentuh hati.
1.3 Fungsi Lagu Rakyat
Berperanan sebagai alat hiburan dan untuk kedamaian jiwa
Meningkatkan semangat bekerja dalam suasana lebih ceria dan bertanggungjawab.
Wahana protes sosial dan juga sebagai alat pendidikan moral
Membakar semangat (untuk pergi berperang)
a. Suara manusia
Mengandungi bunyi yang dihasilkan menggunakan kod vokal yang menggabungkan rahang, lidah dan bibir. Merupakan alat yang unik dan kompleks. Tindak balas organ-organ tadi akan menghasilkan pic, kekuatan suara, kepelbagaian bunyi dan ton suara.
b. Postur badan
Dalam nyanyian, tubuh badan berfungsi sebagai alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah penting kerana boleh mempengaruhi penguasaan teknik vokal. Teknik vokal merangkumi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian.
i. Semasa Menyanyi Berdiri
Berdiri tegak dengan kaki direnggang sedikit, anggota badan dalam keadaan selesa.
Letakkan tangan di sisi badan
Dada hendaklah ke hadapan dengan bahu ke belakang dan elakkan dari mengangkat bahu semasa menyanyi.
Kepala ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan.
ii. Semasa Menyanyi Secara Duduk
Duduk tegak dan kaki direnggangkan sedikit. Pastikan kedua belah tapak kaki di lantai dalam keadaan selesa.
Letakkan tangan di atas paha.
Duduk di separuh bahagian hadapan kerusi dan jangan bersandar.
Dada ke hadapan dengan bahu dibelakang dan elakkan mengangkat bahu
Kepala ditegakkan dan pandang lurus ke hadapan.
c. Pernafasan
Calvicatur atau Shoulder breathing ( bahu)
Teknik pernafasan ini menggunakan bahu untuk menyedut udara masuk. Cara ini perlu dielakkan kerana bukan sahaja membekalkan udara yang tidak mencukupi malah akan menyebabkan ketegangan pada leher dan kerongkong.
Costal atau Rib Breathing (rusuk/tulang rusuk)
Teknik ini lebih baik daripada shoulder breathing, tetapi tidak digalakkan kerana akan menampakkan otot pada rusuk semasa menarik nafas, tetapi akan lebih berhasil jika digabungkan dengan cara pernafasan diaphragmatic breathing.
Belly atau diaphragmatic Breathing (perut/diafram)
Merupakan cara pernafasan paling berkesan kerana berdasarkan kepada prinsip saintifk iaitu apabila otot yang dikenali sebagai diafram mengendur ke bawah, udara akan masuk melalui mulut dan kerongkong untuk memenuhi ruang perut dan apabila diafram naik semula, udara akan dilepaskan keluar. Apabila udara terkumpul di bahagian perut, perut membuncit dan akan kempis semula apabila nafas dilepaskan.
Daftar (Register) Suara
Terdapat 3 jenis daftar suara iaitu suara rendah, suara tengah, suara kepala dan suara falsetto. Suara rendah merupakan suara dalam perbualan seharian, suara tengah ialah campuran antara suara rendah dan suara tinggi, suara tinggi atau suara kepala digunakan ketika kita menjerit dengan pic yang tinggi dan suara falsetto pula merupakan suara palsu
Menghayati makna lirik lagu
Sesuaikan pilihan alat muzik
Sebutan yang jelas
Harmoni antara melodi, irama dan rentak suara
renggang otot
bubbling
Tarik Nafas
Tahan nafas
Hembus nafas
Rendah
Tengah
Tinggi
Jong jong inai
Mak ipong rajawali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
Semangkuk jeluk
Sepinggan dadang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang
Jong jong inai
Mak ipong rajawali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki
Azman Wan Chik. 1981. Prinsip dan Kaedah Mengajar Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Harun Mat Piah. 1988. Puisi Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kamus Dewan. 2005. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Khairuddin Mohamad, Wan Zaliha, Amanah Mohd Noor. 2014. Genre Kesusasteraan Melayu Dalam Bahasa Melayu: Penerbitan Multimedia.
KPM. 2011. KSSR. BM Sekolah Rendah Kebangsaan Tahun 2.
Zurinah Hasan. 2013. Puisi Melayu tradisional dalam lagu. Dimuat turun daripada http://zurinahhassan. blogspot.my/2013/05/puisi-melayu-tradisional-dalam-lagu.html pada 26 April, 2017
2 Jam