e-LIBRARY
e-LIBRARY
GOOGLE FOR EDUCATION - GEMINI
Gemini untuk Education merupakan pembantu AI dari segi pendidikan. Kemudahan ini membantu pelajar dalam pembelajaran, mewujudkan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan, dan memberi inspirasi untuk idea-idea baharu dengan cara yang menyeronokkan.
GOOGLE SCHOLAR
Carian Google Scholar merupakan search engine untuk literatur ilmiah.
Terdapat pelbagai displin dan topik dalam pelbagai bentuk artikel, buku, tesis, dan lain-lain lagi.
U-PUSTAKA
U-Pustaka telah disediakan oleh PNM kepada IPG Kampus Pendidikan Teknik. Sila mendaftar (pengguna baharu) atau masukkan ID pengguna untuk mendapatkan akses kepada pangkalan data terpilih seperti yang berikut:
PANGKALAN DATA JURNAL
1.1 EBSCO HOST
Tatacara akses:
1. Login di U-Pustaka dahulu.
2. Klik Menu Perkhidmatan > Pangkalan Data.
3. Ikon EBSCOHOST.
Pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data. Klik DI SINI untuk tatacara/manual.
1.2 EMERALD INSIGHT
Emerald adalah pangkalan data yang disediakan kepada penyelidik yang ingin membuat penyelidikan dalam bidang pengurusan dan kejuruteraan. Perpustakaan Negara Malaysia telah melanggan Emerald Management eJournals 175 dan Emerald Engineering yang mengandungi sebanyak 290 jurnal yang boleh dirujuk oleh pengguna. Bidang perkara yang dapat dirujuk daripada pangkalan data Emerald antaranya ialah Perniagaan, Pengurusan, Kewangan, Perakaunan dan sebagainya.
2. SUMBER RUJUKAN UMUM
Merupakan arkib digital komprehensif yang menyediakan akses kepada lebih 100 tahun majalah National Geographic. Platform ini menawarkan paparan yang menampilkan topik tentang alam semula jadi, sains, budaya dan penerokaan.
Pangkalan Data Best of Health menyediakan akses kepada risalah/maklumat asas mengenai penjagaan kesihatan, khusus untuk pengetahuan anda. Dibahagikan kepada 25 topik utama.
3. eLEARN
Mango Languages merupakan sebuah aplikasi pembelajaran bahasa yang menyediakan pembelajaran untuk lebih 70 bahasa di dunia. Ia menekankan pengembangan 6 kemahiran utama termasuk; Kosa kata, Tatabahasa, Sebutan, Budaya, Pemahaman, Pengekalan pembelajaran.
4. e-MAJALAH/e-PAPER/ARKIB BERITA
Di sini, anda boleh mengakses lebih dari 2,200 judul surat khabar dan Majalah terkemuka dunia. Rujuk DI SINI untuk tatacara ringkas
Tatacara Ringkas
Login > Choose Country (Malaysia) > Most Current
4.2 Pangkalan Data BLIS (Arkib Berita)
BLIS menyediakan sumber maklumat untuk membantu penyelidikan. Antaranya, berita semasa dan arkib berita BERNAMA, profil tokoh-tokoh di Malaysia, dan lain-lain.
5. EBOOK
Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe® Digital Editions dan perisian OverDrive® Media Console di komputer atau peralatan pembaca elektronik anda.
(*Pengguna perlu mendaftar secara percuma sebelum menggunakan perkhidmatan ini)
Menerusi portal ini, anda boleh meminjam dan membaca e-Buku yang disediakan secara dalam talian untuk tempoh selama 14 hari.
PNM Alkem Digital Library ialah platform digital yang menawarkan pelbagai e-buku dan cerita kanak-kanak melalui bahan bacaan dalam talian. Pengguna boleh mengakses pelbagai e-buku, termasuk sumber yang diserlahkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia, biasanya memerlukan ID pengguna dan kata laluan untuk akses.
(Pengguna perlu mendaftar secara percuma sebelum menggunakan perkhidmatan ini).
Menerusi portal PNM eLib ini, anda boleh meminjam dan membaca e-Buku yang disediakan secara dalam talian untuk tempoh selama 7 hari.
Tatacara: Untuk membaca secara online, klik 'Cloud Reader' untuk paparan desktop.
5.5 Mason Crest
Kesemua e-buku yang tersedia adalah terbitan luar negara dan dalam format ''flipping e-book'' dengan paparan isi kandungan penuh (full-text). Ia sesuai untuk bacaan kanak-kanak, remaja dan dewasa dari lingkungan usia 10 tahun ke atas.