Jabatan Pengajian Melayu (JPM) berperanan penting dalam membantu memperkasa dan memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan warga IPGKSM. Petunjuk Keberhasilan utama (KPI) Jabatan Pengajian Melayu adalah penyumbang utama ke arah melahirkan melahirkan guru-guru bahasa Melayu yang berwibawa dan cemerlang di persada pendidikan negara.
Selain itu, Jabatan Pengajian Melayu berperanan untuk melatih guru-guru menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kemahiran berkomunikasi serta mampu menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Sasaran jabatan ini bagi tahun 2025 adalah untuk menjadi pelopor kepada jabatan-jabatan lain dalam usaha membina dan memperkasa kecemerlangan Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, dengan mengadakan jaringan rakan strategik pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi memperkukuh kedudukan bahasa Melayu dalam kalangan penutur bahasa Melayu di Nusantara.
Segala bentuk aktiviti bahasa dan kebahasaan antara Institut Pendidikan Guru SeMalaysia, Universiti di dalam dan luar negara khususnya di Wilayah Nusantara pasti akan lebih bersemarak. Pada tahun 2025 ini, Jabatan Pengajian Melayu dengan kekuatan 9 tenaga pakar, akan terus komited untuk memperjuangkan dan memperkasa bahasa Melayu di samping menerbitkan lebih banyak bahan-bahan penulisan ilmiah berlandaskan kepakaran masing-masing, selaras dengan tekad jabatan ini “Ke Arah Pusat Dokumentasi Melayu”.